31 March 2013

Explorace IMAM-SCI 2013(latepost)









Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Explorace IMAM di Makassar telah diadakan pada tanggal 16 mac 2013,dan semua peserta adalah daripada angkatan adik-adik akhwat 2012. Acara Explorace ini telah diberi tanggung jawab untuk diadakan di bawah pimpinan Nurul Hazirah daripada angkatan 2011. Alhamdulillah  acara yang berlangsung telah berjalan dengan baik, dengan ahli-ahli AJK terdiri daripada beberapa orang daripada angkatan 2010 dan 2011. berikut adalah beberapa gambar yang telah diambil sepanjang tempoh acara Explorace berlangsung










 Antara adik-adik akhwat 2012 yg menyertai aktiviti EXPLORACE IMAM.. :)



Kakak-kakak daripada angkatan 2010 dan 2011 yang turut menjayakan program ini




Bermulanya sesi latihan sebelum kita memulakan Explorace IMAM kita:




Sedang bersiap-sedia untuk bergerak ke 'checkpoint' masing-masing:













Alhamdulillah..tepat jam 12 siang,semua adik-adik akhwat telah kembali ke 'checkpoint' terakhir,yaitu Rusunawa (di sinilah segalanya bermula) ;)


kakak-kakak daripada angkatan 2011 yang menjaga 'checkpoint' terakhir di Rusunawa:




Setelah makan siang,sedikit pengisian telah disampaikan oleh kak sarah (angkatan 2010) sebagai pengisian kepada rohani kami semua.Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.tahniah kepada pemenang tempat pertama,kedua,ketiga serta semua kelompok yang ada. Jazakallah yang tidak terhingga kami ucapkan kepada adik-adik akhwat 2012 yang telah menyertai aktiviti EXPLORACE-IMAM 2013.insya Allah semoga ukhuwah yang sudah terjalin akak bertambah erat lagi melalui aktiviti yang telah diadakan ini.
Sekian sahaja info terbaru IMAM kali ini.insya Allah semoga aktiviti lain seperti ini dapat dijalankan lagi.
Barakallahu fikum.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.