Aturan peminjaman buku Pustaka IMAM
1. Untuk peminjaman, sila berhubung dengan wakil IMAM.
2. Biaya Rp1000 dikenakan bagi setiap buku dipinjam untuk tujuan perawatan buku.
3. Setiap buku yang dipinjam akan dicatat Judul, Tanggal peminjaman dan Data-data Peminjam (Nama, No.Telefon, Alamat).
4. Tempoh setiap peminjaman buku maksimal selama sebulan.
5. Keterlelawatan pemulangan buku akan didenda Rp100/hari.
6. Sekiranya berlaku kehilangan buku yang dipinjam, peminjam hendaklah menggantikannya berupa buku yang sama atau wang seharga buku tersebut.
7. Setiap buku yang dipinjam hendaklah dijaga dengan baik dan rapi.
Showing posts with label hebahan. Show all posts
Showing posts with label hebahan. Show all posts
03 June 2009
Ingin berkongsi/menyumbang?
Bagi menambah koleksi buku-buku Pustaka IMAM, kami mengalu-alukan kepada sesiapa yang berhasrat untuk berkongsi/menyumbang buku-buku anda kepada Pustaka IMAM. Sila berhubung dengan contact person kami.
Kami mengalu-alukan sebarang buku daripada anda, termasuklah :
1) Buku-buku Pelajaran
2) Buku/Bacaan Agama
3) Novel/Koleksi Cerpen
4) CD, DVD dokumentari/ilmiah
Catatan :
1. Berkongsi buku : buku anda dikongsikan bersama, dan anda berhak mengambilnya kembali bila-bila masa yang anda kehendaki.
2. Menyumbang buku : buku tersebut akan berpindah milik menjadi milik Pustaka IMAM
Pelancaran Pustaka IMAM
Berita baik buat penggemar buku..!

IMAM-SCI telah menubuhkan PUSTAKA IMAM dengan menyediakan pelbagai buku yang menarik untuk dipinjam dan dibaca. Himpunan buku yang kami miliki merupakan jasa baik dari sahabat-sahabat yang ingin berkongsi dan berbagi ilmu kepada kita semua. Garaplah peluang ini, perbanyakkan bacaan anda, luaskan ilmu dan pengetahuan.
Buku-buku yang disediakan akan di kemaskini dari semasa ke semasa. Anda boleh mendapatkan maklumat di situs ini.
Selamat Membaca!
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."
Riwayat al-Bazzar
Subscribe to:
Posts (Atom)